MASALAH JERAWAT/JERAGAT/KULIT MUKA KERING/BERMINYAK/KUSAM

 JERAWAT/JERAGAT/KULIT MUKA KERING/BERMINYAK/KUSAM

1. JERAWAT
Jerawat adalah masalah kulit muka yang paling serius yang dialami oleh semua orang. Bukan hanya pada wanita malahan pada kaum lelaki juga. Jerawat ada banyak jenis seperti jerawat yang disebabkan horman yang biasanya muncul ketika wanita menstruasi, jerawat halus-halus, jerawat batu dan sebagainya. Banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan kulit wajah kita berjerawat seperti disebabkan oleh hormon, faktor pemakanan, jangkitan bakteria, stress, penggunaan kosmetik, tidak menjaga kebersihan kulit dan sebagainya.

 2. JERAGAT
Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak merbahaya tetapi dengan kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat sekaligus menjejaskan penampilan individu itu. Pasti ramai yang menghadapi masalah jeragatkan. Jeragat terhasil disebabkan pembentukan minyak, sel-sel kulit yang mati dan juga bakteria di bahagian liang-liang roma muka terutamanya dibahagian dahi, pipi, dagu dan hidung. Punca terjadinya jeragat disebabkan oleh terlalu terdedah dengan pancaran sinar uv, kehamilan, hormon, pengambilan ubat-ubatan dan sebagainya.

 3. KULIT MUKA KERING
Bagi kita rakyat malaysia yang tinggal di negara yang beriklim tropika, kebanyakannya mengalami masalah kulit kering. Selain faktor cuaca, pemakaian produk kecantikan yang tidak bersesuaian dengan kulit juga menjadi punca kulit kering. Jadi, sebelum membeli sesuatu produk kecantikan mahupun kosmetik haruslah mencari yang bersesuaian dengan jenis kulit muka kita. Jangan pakai beli aje, kelak akan memburukkan lagi keadaan kulit muka kita.

 4. KULIT MUKA BERMINYAK
Masalah yang ini memang merimaskan. Kadang-kadang sampai rasa melekit-lekit kulit muka. Betul tak? Hanya yang mengalaminya sahaja yang tahu betapa tidak selesanya mempunyai kulit yang berminyak. Rungutan tentang masalah kulit berminyak ini memang sering kita dengar terutama di kalangan wanita terutama yang suka bermake-up. Apa penyebabnya? Ok, antara penyebabnya adalah faktor keturunan, penggunaan produk penjagaan kulit yang berlebihan atau tidak sesuai, ubat-ubatan, perubahan musim, hormon, stress dan sebagainya. Jadi, bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak, penjagaan kulit muka yang sempurna sangat perlu kerana risau timbul masalah kulit yang lain pula sekiranya tidak dijaga dengan sempurna.

 5. KULIT KUSAM
Kulit wajah kusam sering terjadi pada meraka yang tidak mendapatkan rehat yang secukupnya dan menghadapai stress yang berpanjangan. Jangan ingat rehat itu tidak penting untuk kecantikan ye. Rehat yang cukup dapat membuatkan wajah kita segar dan sihat. Itu perlunya rehat yang cukup dalam penjagaan kecantikan. Selain itu, satu lagi punca yang menyebabkan wajah kusam adalah anda malas menjaga kebersihan wajah. Cuci muka pun hanya sekadarnya sahaja. Jangan begitu, cucilah muka dengan sempurna agak kulit kembali segar dan bermaya. Jangan lupa juga minum air secukupnya.

Pakar kulit sangat menekankan rutin penjagaan kulit yang dilakukan secara konsisten bagi memastikan kulit anda bebas masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan kulit berminyak .

Pakar kulit mencadangkan pengambilan nutrisi-nutrisi penting untuk kulit seperti vitamin, mineral, dan pelbagai jenis antioksida untuk mengekalkan kulit yang sihat dan tanpa cela.

*AG CERA*  amat sesuai dalam menangani masalah kulit. Bahan utama di di dalam *AG CERA* ialah *CERAMOSIDES* adalah sumber *CERAMIDES* kepada kulit. Sumber *PHYTOCERAMIDES* ini berasal drpada gandum. Meningkatkan kelembabpan, mengurangkan kedutan dan menegangkan kulit. Ujian klinikal telah di jalan kan dn telah terbukti selama 15 hari. 100% dari tumbuhan dan bebas dari GLUTEN, GMO, aditif dan bahan pengawet. 

Cabaran makanan masa kini, sukar utk dapatkan makanan yg benar² berkhasiat. Negara makin maju, namun penghasilan makanan Segera juga makin berleluasa. Yakinkah anda bahwa makanan yg anda makan setiap hari adalah makanan sihat? Adakah anda sentiasa merujuk struktur Piramid Makanan sebelum anda makan? Kini anda tidak perlu risau lagi. Kerana dengan penemuan *AG CERA* , pada alaf ini ianya mampu membekalkan  Nutrisi secara semulajadi dan amat memberi manfaat utk tubuh badan. Utk info sila layari   sihatagcera.com

*INFO SIHAT BERSAMA AG NUTRITION*

Comments